Monday, September 14, 2009

Kepentingan Memulihara Bangunan Bersejarah

Pembangunan di negara kita semakin maju dan pesat seiring dengan nama Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai negara yang sedang membangun.Banyak kilang perindustrian,pusat beli-belah dan rumah dibina yang menggunakan ruang sidang di Dewan Parlimen mutakhir ini ialah isu meruntuhkan bangunan bersejarah tetapi perbincangan itu telah membuat kepusan muktamad untuk tidak meruntuhkan bangunan tersebut.Walau bagaimanapun,terdapat juga Negara-negara yang telah merobohkan bangunan bersejarah seperti di Surabaya, Jakarta. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku?Adakah perlu bangunan tersebut diruntuhkan?Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya terdapat pelbagai kepentingan kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.

Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan bersejarah atau monument dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku .Monumen ,mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat selama 50 tahun ,kesan yang ditanggalkan oleh penjajah kolonial seperti British ,Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukannya untuk dimusnahkan ,Di samping itu bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang kerana dengan kewujukan bangunan bersejarah ,kita dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dibukukan oleh penulis-penulis yang terkenal merupakan sesuatu yang realistic dan bukanlah cerita-cerita dongeng ,mitos atau lagenda .Sebagai contohnya ,zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago,Gereja Christ,Bangunan Staduhys dan Gereja St.Paul.Selain itu,Kota Cornwallis,Masjid Kling,Gereja St.George di Georgetown,Pulau Pinang dapat mengibas kembali detik-detik sejarah yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga dapat membuktikan berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18.Tegasnya,usha meruntuhkan bangunan bersejarah dan monumen Negara tidak wajar dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment